Category Archives: Kenyataan Media 文告

Kenyataan Media – LOJI JANAKUASA NUKLEAR PASTI MENARIK BANTAHAN YANG LEBIH BESAR BERBANDING LYNAS

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO/BN yang berpandangan pendek kerana bertegas untuk mengambil langkah berundur dalam pembinaan loji janakuasa nuklear di Malaysia dan enggan mengambil pengajaran daripada Bencana Nuklear Fukushima.
Nuclear power not an option for Malaysia
Loji janakuasa nuklear bukan sahaja mengalami masalah atau ancaman seperti kebocoran nuklear, masalah pelupusan sisa-sisa nuklear, malahan tenaga nuklear merupakan tenaga yang tidak mampan. Ia jelas membuktikan bahawa keputusan untuk membina loji janakuasa Nuklear bukan satu keputusan yang wajar.

Malaysia juga bukan Negara pengeluar Uranium kerana ia masih memerlukan pembekalan Uranium daripada Negara lain dengan itu tenaga Nuklear bukannya tenaga yang mampan. Selain daripada itu, ketiadaan satu penyelesaian yang menyeluruh untuk menguruskan sisa-sisa nuklear dan sisa-sisa tersebut masih akan mengeluarkan radiasi walaupun selepas seratus ribu tahun yang jelas akan mengancam kehidupan manusia.

Lebih-lebih lagi, rakyat tidak harus lupa dengan pengajaran diberi oleh bencana Nuklear Fukushima. Jepun yang dikatakan terulung dalam pengurusan risiko dan teknologi gagal untuk mengemukakan satu jalan penyelesaian. Trajedi Nuklear Fukushima telah masuk tahun ke-7, namun masalah radiasi di kawasan tersebut masih tidak diselesai.

Semenjak berlakunya kejadian bencana Nuklear Fukushima, pengkajian semula berkenaan dengan tenaga yang boleh diperbaharui dan pemansuhan tenaga nuklear telah berlaku di peringkat global, taetapi kerajaan UMNO/BN masih mengambil langkah undur untuk membina Loji Janakuasa Nuklear.

Sebelum tahun 2000, Negara Jerman telah mula aktif dalam memperkenalkan tenaga yang boleh diperharui serta mengumumkan pemansuhan tenaga nuklear secare menyeluruh pada tahun 2020. Tanpa diduga, Malaysia mengambil langkah yang berundur dalam memutuskan pelaksanaan sebuah projek tenaga yang penuh dengan kontroversial dan berisiko.

Saya mencabar Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) segera mengumumkan ketujuh-tujuh lokasi tersebut dan menganjurkan taklimat di kawasan-kawasan tersebut bagi melaporkan status terkini penyelidikan tenaga nuklear dan tidak menyembunyikan hal ini daripada rakyat, sekiranya berita berkenaan dengan Kerajaan Malaysia telah menentukan 7 lokasi yang berpotensi untuk membina loji janakuasa Nuklear adalah benar dan tepat.

Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan UMNO/BN untuk mengambil pengajaran daripada Kilang Lynas. Isu Lynas masih tidak diselesai sampai ke hari ini, pusat penyimpanan kekal yang janji dibina masih tiada berita langsung, kerajaan UMNO/BN masih gagal mengemukakan satu resolusi atau penyelesaian dalam menguruskan sisa-sisa radioaktif hasil Kilang Lynas.

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN bertegas untuk membina Loji Janakuasa Nuklear, KEADILAN akan menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk membuat bantahan yang lebih besar daripada bantahan ketika menentang Lynas.

【新闻文告】公正党震惊国阵仍不死心推动核能发电 李健聪:核电厂将迎比莱纳斯更大反弹

人民公正党青年团宣传主任李健聪今日发表文告,抨击国阵政府短视开倒车,拒绝吸取福岛核灾事件的教训,一意孤行在大马设立核能发电场。

李健聪表示,核能发电不仅面对核泄漏、核废料处理等问题与风险,核能也并非永续能源,大马政府兴建核发电厂绝非明智决定。
Nuclear power not an option for Malaysia
“马来西亚并非铀燃料生产国,仍然需要从外国进口铀燃料,因此核能并非永续能源。此外,全球迄今仍未针对核废料的处理提出一个完整的解决方案,核废料在十万年后仍具放射性,对人类仍然会造成威胁。”

“此外,我们也不应忘记福岛核灾事件带给我们的教训。在风险管理与技术在全球堪称第一的日本在面对福岛核灾时,仍然没有办法提出应对方案,而福岛事件今年迈入第六年,该地区的辐射问题仍未解决。?”

同时也是士满慕区州议员的李健聪强调,全球在福岛核灾后重新研究再生能源与废核的可能性之际,国阵政府兴建核电厂是开倒车的行为。

“德国早在2000年前开始积极推行再生能源,并宣布将在2022年全面废核之际,马来西亚居然选择迈向这一项具争议性与高风险的能源技术,是开倒车的行为。”

李健聪提醒国阵政府吸取莱纳斯稀土厂的教训,一旦兴建核电厂的计划被批准,肯定会迎来比反莱纳斯更大的反对浪潮。

“如果马来西亚政府已经鉴定七个有潜质兴建核电厂的消息属实,我挑战大马核能机构(MNPC)立即公布该七个地点,并在相关地区展开汇报会,向民众汇报核电研发的进展,不要将人民蒙在鼓里。”

“莱纳斯稀土厂风波迄今仍未解决,就连当初答应兴建的永久储存糟至今仍然还未有消息,国阵政府也还未针对莱纳斯稀土厂废料处理提出解决方案。一旦国阵政府一意孤行兴建核电厂,公正党肯定会号召全民一起提出抗议,而我相信这将比莱纳斯稀土厂面对更大的反对!”

【新闻文告】希盟将承认统考文凭纳入共同纲领 李健聪:马华最后一里路何时走完?

人民公正党青年团宣传主任李健聪今日发表文告,质疑马华根本无力成功争取巫统承认统考文凭。

李健聪表示,希望联盟秘书处主任拿督赛夫丁经已宣布,承认独中统考文凭是希望联盟的共同纲领,而一旦希盟执政布城,将承认独中统考文凭。

“马青总团长张盛闻去年砂州选举后表示,承认独中统考文凭只剩下最后一里路。梁捷顺早前呼吁则挑战希盟针对承认独中统考文凭课题表态,并表示马华正努力不懈地争取独中统考文凭被承认。”

“我在这里挑战张盛闻与梁捷顺立刻向全国华裔字第宣布,究竟马华口中的最后这一里路终点在哪里,什么时候才能走完?独中统考办了超过四十年,马华公会争取承认独中统考文凭这段路,走到2017年居然还未抵达终点,实在让人难以置信。”

同时也是士满慕区州议员的李健聪强调,雪州大学经早已于2015年宣布接受统考生报读,吉隆坡大学(UniKL)承认统考文凭却如此困难,显示国阵并无意愿解决此问题。

“雪州政府自2009年起制度性拨款予各源流学校,每年也拨款200万令吉予州内的四所独中。吉隆坡大学承认统考消息发出不到二十四小时,该消息就被巫统乡区部长依斯迈沙比礼否认,并指统考不符合国家课程,吉隆坡大学不会接受统考生报读。”

“从吉隆坡大学事件发展看来,马华最后这一里路是越走越远、越来越难抵达目的地了。巫统并没有政治意愿承认国内独中,而马华所谓的内部争取也只是政治把戏,以在大选捞取政治宣传,所谓的最后一里路走到最终肯定也会不了了之。”

KENYATAAN MEDIA – Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran – Tanah Tersebut Disahkan Status Sebagai Rezab Melayu & Dibatalkan Statusnya Sebelum Pindah Milik Kepada Hasan Arifin!

Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran – Tanah Tersebut Disahkan Status Sebagai Rezab Melayu & Dibatalkan Statusnya Sebelum Pindah Milik Kepada Hasan Arifin!
Gambar Sidang Media Hasan Ariffin

Kronologi Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran:

17 Febuari 1997 – Syarikat Pasdec Corporation Sdn. Bhd telah membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang bagi tanah di Medan Tok Sira bagi Maksud Bangunan sebanyak empat belas (14) permohonan

2 April 1997 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah meluluskan permohonan tersebut

31 Mei 1997 – Pejabat Tanah Kuantan telah memaklumkan syarikat Pasdec Corporation Sdn Bhd melalui surat Bil. (8)dlm.PTK. 3/3/23287

03 Ogos 2000 – Pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira bagi hakmilik HS(D) 16495, Lot 51703 melalui Warta Kerajaan Pahang No. 558

24 Januari 2002 – Tanah PT 51703 telah dipindah milik daripada syarikat PASDEC Corporation SDN Bhd kepada Hasan Bin Arifin. Harga jualan kepada Hasan Arifin adalah RM76,499 sedangkan Anggaran Nilai tanah tersebut jika merujuk kepada Notis Taksiran Pejabat Duti Setem adalah RM213,000. Hasan Arifin telah membeli tanah tersebut 61% lebih murah daripada harga pasaran.

2 Disember 2004 – Hasan Arifin telah menjual tanah tersebut kepada seorang individu bernama Ti Lian Yeah pada harga RM397,683.02. Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah sejumlah RM321,184.02! Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima (5) kali ganda lebih tinggi daripada harga Hasan Arifin membeli tanah tersebut!

Saya ingin merujuk kepada skandal jual beli tanah yang melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merangkap Ahli Parlimen Rompin Dato Hasan Arifin yang telah saya dedahkan pada bulan Jun tahun lepas. Hasan Arifin telah membeli satu lot tanah daripada PASDEC Corporation Sdn Bhd dengan harga RM76,499 dan telah meraih untung sejumlah RM321 ribu dengan menjual tanah tersebut dua tahun kemudian.

Saya turut telah mendedahkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Pahang kepada PASDEC pada tahun 1997 ketika Hasan Arifin masih memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) dalam jual beli tanah ini & status “Tanah Rezab Melayu” tanah tersebut telah dibatalkan sebelum dijual kepada Hasan Arifin.

Hari ini, saya ingin mengemukakan Jawapan Bertulis Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang membuktikan bahawa status Rezab Melayu telah dibatalkan sebelum dijual kepada Hasan Arifin dan apa yang lebih megejutkan adalah, dalam Pembatalan Status Tanah Rezab Melayu ini, tiada sebarang tanah gantian yang diperuntukkan!
Jawapan Dewan Part 1

Jawapan Dewan Part 2
Merujuk kepada Perkara 89 Perlembagaan Malaysia, jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu dan adalah ternyata bahawa dalam isu ini, keputusan Kerajaan Pahang adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan tersebut.

Selain itu, Jawapan Kerajaan Pahang bahawa Pengeluaran tanah dari Kawasan Simpanan Melayu adalah kerana tanah tersebut berpotensi dikomersialkan bagi mendapat nilai pasaran yang tinggi adalah tidak betul kerana Tanah tersebut telah dijualkan kepada Hasan Arifin dengan harga RM76,499 sahaja, dan adalah 81% lebih murah harga Hasan Arifin menjual tanahnya pada tahun 2004 (RM397,683). Kerajaan Pahang tidak mendapat keuntungan tetapi Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Hasan Arifin yang telah mengaut keuntungan dalam kes ini.

Sedia maklum bahawa tanah rizab Melayu disimpan untuk membantu golongan yang terpinggir supaya tidak semua tanah dijual kepada mereka yang kaya dan berkuasa. Pada masa yang sama, ramai rakyat serta peneroka yang memerlukan tanah untuk perkebunan, perumahan serta perladangan tidak mendapat tanah yang sewajarnya. Ada di kalangan mereka telah menunggu berpuluh-puluh tahun untuk mendapatkan hak milik tanah. Mengapakah Kerajaan UMNO/BN yang sepatutnya menjaga kepentingan pekebun, peneroka dan rakyat tidak memegang kepada amanah diberikan, sebaliknya membatalkan tanah rizab Melayu tanpa gentian, serta menjualkan “tanah emas” ini kepada pihak sendiri?

Dengan ini, saya mendesak Kerajaan Pahang supaya mendedahkan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang yang dilibatkan penjualan dan pembatalan status Rezab Melayu lot tanah ini untuk disemak oleh orang ramai. Saya juga menggesa PASDEC selaku anak syarikat Negeri Pahang menjelaskan rasional pembatalan tanah rizab Melayi serta penjualan tanah tersebut kepada Hasan Arifin.

Sekali lagi saya turut mendesak Hasan Arifin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) supaya tampil menjelaskan isu ini secara terbuka. Janganlah hanya tahu menghantar surat guaman kepada anak muda yang mendepankan isu berkepentingan awam sahaja!

Lee Chean Chung
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
ADUN Semambu

Batalkan Pembelian Eagle High Bukti Shahrir Samad Tidak Gadaikan FELDA

felda
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan perlantikan Pengerusi FELDA yang baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan seruannya untuk mengembalikan matlamat asal penubuhan FELDA.

AMK berpendapat satu kayu ukur yang cukup penting untuk menunjukkan keikhlasan serta keazaman Shahrir supaya menumpukan kesejahteraan peneroka dan matlamat asal FELDA adalah pendirian beliau terhadap pembelian Eagle High Plantation (EHP) Indonesia.

Sedia maklum bahawa pembelian EHP berjumlah RM2.26 bilion ini diselubungi misteri dan keluarbiasaan. Bukan sahaja harga pembelian 3 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran, bahkan FELDA tidak mempunyai kawalan pengurusan langsung selepas penguasaan 37% saham EHP.

Shahril pasti sedar bahawa FELDA yang sudah berhutang RM6.1 bilion pada tahun 2014, dan baki tunainya hanya berparas RM685 juta pada tahun 2015 tidak lagi mampu membeli syarikat EHP. Satu-satu jalan adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan FELDA.

Pada masa yang sama, Shahrir tidak boleh mengetepikan kritikan Pengerusi CIMB Dato’ Seri Nazir Razak yang menggesa lembaga pengarah supaya mewajarkan sepenuhnya pengambil alih dan penilaian tersebut. Selain itu, penganalisa turut mencadangakan agar peruntukan itu disalurkan kepada Felda Global Venture (FGV) kerana nilainya lebih menarik berbanding dengan EHP.

AMK berpendapat Shahrir sebagai pengerusi FELDA baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu mampu dan wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal FELDA untuk membela nasib rakyat dan peneroka. Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan FELDA dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan.

YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan
ADUN Semambu